Pages

Friday, May 28, 2010

TERKINI DI SAM BAGAN TERAP 2010


Program Peningkatan Kendiri Wanita
Bagan Terap, 27 Mei - Unit Kaunseling dan HEM telah bekerjasama menganjurkan program khusus bagi pelajar-pelajar muslimat di SAM Bagan Terap pada 26/5/2010 bermula jam 3.00 petang.

Selamat Menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Bagan Terap, 15 Mei - Pelajar-pelajar SAMBT akan mula menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bermula dari 14/5/2010-4/6/2010 bagi tingkatan 4 dan 5 manakala tingkatan 1 hingga 3 bermula dari 26/5/2010-4/6/2010.

Hari Guru Tahun 2010
Bagan Terap, 19 Mei - Sambutan Hari Guru peringkat sekolah 2010 telah diadakan pada 17/5/2010. Pelbagai acara telah disusun bagi meraikan Hari Guru tersebut yang bermula seawal jam 8.30 pagi.

Program Gotong-Royong Perdana
Bagan Terap, 16 Mei - Pihak sekolah dibawah Unit HEM dan PIBG telah menganjurkan gotong-royong perdana yang telah diadakan pada 15/5/2010 bertepatan dengan saranan KPM bermula jam 8.00 pagi. Program gotong-royong perdana telah diadakan di sekitar perkarangan dan kelas-kelas di SAMBT.

Program Motivasi Bahasa Arab
Bagan Terap, 13 Mei - Program Motivasi Bahasa Arab telah diadakan di dewan SAMBT pada 12/5/2010 yang dikendalikan oleh Unit Bahasa dibawah Panitia Bahasa Arab. Program tersebut diadakan bagi meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam berbahasa arab.

Kejohanan Sukan Tahunan SAMBT Tahun 2010
Sabak Bernam, 10 Mei - Kejohanan Sukan Tahunan SAMBT Kali Ke-2 telah diadakan di Mini Stadium Sabak Bernam yang melibatkan seramai 416 orang pelajar dari 4 firqah iaitu Firqah Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Khaldun dan Ibnu Batuta.

Program Klinik English
Bagan Terap, 9 Mei - Program Klinik English telah diadakan di dewan SAMBT pada 8/5/2010 yang dikendalikan oleh Unit Bahasa dibawah Panitia Bahasa Inggeris. Program tersebut diadakan bagi meningkatkan lagi penguasaan para pelajar dalam berbahasa inggeris.

Latihan Kejohanan Sukan Tahunan SAMBT 2010
Bagan Terap, 7 Mei - Latihan sukan telah diadakan bermula 3/5/2010 - 6/5/2010 bersempena kejohanan sukan tahunan kali ke-2 yang akan diadakan pada 9/5/2010. Latihan yang bermula pada jam 3.00 petang dan berakhir jam 5.00 petang telah dikendalikan oleh Ust. Salehuddin selaku guru sukan dan guru-guru firqah masing-masing.

Majlis Tadarus Al-Quran Daerah Sabak Bernam Tahun 2010
Sg. Besar, 29 April - Uji Bakat MTQ telah diadakan pada 6/5/2010 di Pejabat Pelajaran Daerah Sabak Bernam bermula jam 8.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11.00 pagi. SAMBT telah menghantar 6 orang peserta.