Pages

Sunday, May 2, 2010

TERKINI DI SAM BAGAN TERAP 2010


Minggu SPBT dan NILAM SAMBT Tahun 2010
Bagan Terap, 30 April - Minggu SPBT dan Minggu Nilam telah diadakan sepanjang minggu bermula dari 26/4/2010 - 30/4/2010. Program tersebut telah dilancarkan oleh Tn. Pengetua, Ust. Mohamad Noor b. Ismail pada perhimpunan mingguan 26/4/2010. Penyelaras minggu tersebut adalah Pn. Mufnil Ida bt. Taman selaku Guru BOSS dan Pn. Hartini bt. Mah Hussin, Guru Perpustakaan yang menggantikan Pn. Juriah yang sedang cuti bersalin.

Ujian Kemahiran Amal Islami Negeri Selangor Tahun 2010
Banting, 26 April - Ujian Kemahiran Amal Islami Negeri Selangor bagi tahun 2010 telah diadakan pada 23 dan 24 April 2010 di Banting, Klang, Selangor di dua venue iaitu di Maahad Tahfiz Intergrasi Istana Bandar (MTIB) dan SAM Tengku Ampuan Rahimah Sg. Manggis (SAMTAR). Pihak sekolah melalui kontigen Zon 1 menghantar seramai 12 orang peserta yang menyertai acara Khutbah, Syarahan B. Arab dan Nasyid Terbuka Perempuan.

Program Mukhayyam Bahasa Arab 2010
Sungai Besar, 25 April - Program Mukkhayyam Bahasa Arab telah diadakan pada 23/4/2010 pada hari Sabtu bermula jam 7.30 pagi dan berakhir jam 5.30 petang. Program anjuran Unit Bahasa itu mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 yang akan menduduki peperiksaan besar pada tahun ini.

Minggu Bahasa Arab
Bagan Terap, 19 April - Pelancaran Minggu Bahasa Arab telah diadakan semasa perhimpunan mingguan di Dataran Utama SAMBT pada 18/4/2010. Ustzh Suzana selaku penyelaras program pada minggu tersebut telah merencanakan beberapa program demi memastikan minggu Bahasa Arab berjaya.