Tarikh buka sekolah sesi persekolahan 2015 seluruh negeri di Malaysia. Untuk makluman, negeri kumpulan A iaitu Sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan mulai Ahad 11 Januari 2015. Manakala bagi kumpulan B, sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya akan memulakan persekolahan mulai Isnin 12 Januari 2015. Terdahulu, sesi persekolahan yang sepatutnya dibuka pada 4 Januari 2015 (Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu) manakala 5 Januari 2015 bagi negeri lain terpaksa ditangguhkan berikutan peristiwa banjir yang melanda negara.
Terkini Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015
Kementerian Pendidikan bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad). Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin)
Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015 Seluruh Negeri
- Kumpulan A (Negeri Cuti am hari Jumaat dan Sabtu): Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada tarikh 11 Januari 2015.
- Kumpulan B ( Negeri cuti am hari Sabtu dan Ahad): Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya akan memulakan persekolahan pada 12 Januari 2015.
Sumber: Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015 Seluruh Negeri | melvister.com