Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang
Bagan Terap , 17 Julai 2012 - Unit Kokurikulum bersama Pusat Sumber Sekolah, Panitia Sejarah dan Panitia Sivik Kenegaraan telah melancarkan satu program Kempen Kibar Jalur Gemilang. Program dimulai dengan nyanyian Asmaul Husna diikuti Lagu Negaraku dan Lagu Patriotik. Kempen ini dirasmikan oleh Tn Pengetua dan diakhiri dengan doa.