Pages

Friday, April 9, 2010

TERKINI DI SAM BAGAN TERAP 2010


Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam 2010
Pasir Panjang, 8 April - Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam telah diadakan pada 6 hingga 7 April 2010 di SAM Pasir Panjang. Pihak sekolah tidak ketinggalan menyertai aktiviti tahunan tersebut dengan menghantar seramai 4 orang peserta bagi acara perseorangan dan bergu.

Pelancaran Bulan Bahasa SAMBT Tahun 2010
Bagan Terap, 8 April - Pada perhimpunan mingguan isnin lalu telah diadakan pelancaran Bulan Bahasa bagi tahun 2010. Aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Bidang Bahasa dibawah kelolaan Pn. Siti Khairnorliza dan panitia-panitianya itu mendapat sambutan hangat dari para pelajar.

Ekspo Inovasi & Kreativiti UM 2010
Bangsar, 2 April - Universiti Malaya telah mengadakan satu ekspo inovasi dan kreativiti hijau di Dewan Canselor bermula 1-4 April 2010. Seramai 6 orang peserta dari sekolah telah menyertai ekspo tersebut dengan diiringi oleh En. Lokman Aidi b. Othman dan En. Abd. Hakhimadli b. Mohd Arshad.

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 & Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010
Bagan Terap, 28 Mac - Pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 & Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 pada 27/3/2010. Majlis itu diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang sepanjang tahun 2009.