Pages

Sunday, March 14, 2010

TERKINI DI SAM BAGAN TERAP 2010


Karnival Amal Islami, MTQ & Kokuria Tahun 2010
Bagan Terap, 5 Mac - Buat julung-julung kalinya Pertandingan Amal Islami telah diadakan secara karnival yang berlangsung selama seminggu dengan 19 acara dipertandingkan. Ia merangkumi MTQ dan Kokuria menjadikan aktiviti pada tahun ini lebih meriah dan rancak.

Program Maulidur Rasul Selangor 2010 "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"
Shah Alam, 28 Feb. - Pihak sekolah telah menghantar kontigen seramai 40 orang pelajar bersama 2 orang guru ke Stadium Bukit Melawati bagi menyertai program Sambutan Maulidur Rasul Negeri Selangor bagi tahun 2010.

Program Maulidur Rasul "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"
Bagan Terap, 27 Feb. - Pada hari Jumaat lalu, 26/2/2010, Unit Dakwah di bawah HEM telah menganjurkan Program Maulidur Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2010. Program yang diketuai oleh Ust. Mohd Noorfirdaus selaku setiausaha unit tersebut bersama Ust. Ibrahim, GPK HEM berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

Latihan Kemahiran Amal Islami bagi tahun 2010
Bagan Terap, 27 Feb. - Jawatankuasa KAMIL dibawah Unit Kokurikulum akan mengadakan Karnival Kemahiran Islami (KAMIL) peringkat sekolah bermula 1 hingga 5 Mac 2010. Sesi latihan telah diadakan selama dua minggu bermula 11/2/2010 - 25/2/2010.