TERKINI DI SAM BAGAN TERAP 2010
Ujian Kemahiran Amal Islami Zon 1 Tahun 2010
Sungai Besar, 16 April - Ujian Kemahiran Amal Islami zon 1 bagi tahun 2010 telah diadakan pada 15 April 2010 di SAM Sg. Hj. Dorani. Pihak sekolah tidak ketinggalan menyertai aktiviti tahunan tersebut dengan menghantar seramai 138 orang peserta.
Kejohanan Ping Pong MSSD Sabak Bernam 2010
Sabak Bernam, 15 April - Kejohanan Ping Pong MSSD Sabak Bernam telah diadakan pada 14 hingga 15 April 2010 di SAMT Sultan Abd. Aziz Shah Al-Haj. Pihak sekolah tidak ketinggalan menyertai aktiviti tahunan tersebut dengan menghantar seramai 5 orang peserta.
Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam 2010
Pasir Panjang, 8 April - Kejohanan Badminton MSSD Sabak Bernam telah diadakan pada 6 hingga 7 April 2010 di SAM Pasir Panjang. Pihak sekolah tidak ketinggalan menyertai aktiviti tahunan tersebut dengan menghantar seramai 4 orang peserta bagi acara perseorangan dan bergu.
Pelancaran Bulan Bahasa SAMBT Tahun 2010
Bagan Terap, 8 April - Pada perhimpunan mingguan isnin lalu telah diadakan pelancaran Bulan Bahasa bagi tahun 2010. Aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Bidang Bahasa dibawah kelolaan Pn. Siti Khairnorliza dan panitia-panitianya itu mendapat sambutan hangat dari para pelajar.