Pages

Wednesday, March 31, 2010

TERKINI DI SAM BAGAN TERAP 2010


Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 & Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2010
Bagan Terap, 28 Mac - Pihak sekolah telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-18 & Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik 2009 pada 27/3/2010. Majlis itu diadakan bagi meraikan pelajar-pelajar yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang sepanjang tahun 2009.

Kejohanan Bola Jaring MSSD Sabak Bernam Tahun 2010
Parit Baru, 24 Mac - Sukan MSSD Sabak Bernam diteruskan dengan Kejohanan Bola Jaring pada 24/3/2010 di Sekolah Kebangsaan Nakhoda Omar. Pasukan SAMBT turut serta mewarnai kejohanan dengan pertandingan permulaan bertemu dengan pasukan dari SAM Tengku Ampuan Jemaah.

Kejohanan Bola Sepak MSSD Sabak Bernam Tahun 2010
Sg. Besar, 24 Mac - Sukan MSSD Sabak Bernam diteruskan dengan Kejohanan Bola Sepak pada 24/3/2010 yang melibatkan empat venue. Pasukan SAMBT turut serta mewarnai kejohanan dengan pertandingan permulaan bertemu dengan pasukan dari SMK Munshi Abdullah.

Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam Tahun 2010
Sungai Besar, 24 Mac - Satu Kejohanan Merentas Desa MSSD Sabak Bernam telah diadakan di Simpang Lima, Sg. Besar pada 23/3/2010. Pihak sekolah tidak ketinggalan menyertai kejohanan tahunan tersebut dengan menghantar seramai 24 orang peserta terdiri dari pelajar lelaki dan perempuan.

Bengkel Penulisan Bahasa Melayu Tahun 2010
Bagan Terap, 22 Mac - Satu bengkel penulisan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu telah diadakan pada tahun ini oleh Bidang Bahasa yang dipelopori sendiri oleh Guru Kanan Mata Pelajarannya Pn. Siti Khainorliza bt. Nordin.

Karnival Amal Islami, MTQ & Kokuria Tahun 2010
Bagan Terap, 5 Mac - Buat julung-julung kalinya Pertandingan Amal Islami telah diadakan secara karnival yang berlangsung selama seminggu dengan 19 acara dipertandingkan. Ia merangkumi MTQ dan Kokuria menjadikan aktiviti pada tahun ini lebih meriah dan rancak.

Program Maulidur Rasul Selangor 2010 "Memantap Ukhuwah Memperkasa Ummah"
Shah Alam, 28 Feb. - Pihak sekolah telah menghantar kontigen seramai 40 orang pelajar bersama 2 orang guru ke Stadium Bukit Melawati bagi menyertai program Sambutan Maulidur Rasul Negeri Selangor bagi tahun 2010.