Pelancaran Program Kantinku Medan Ceria Jiwa dan Minda
Bagan Terap, 15 Feb. - Pada hari Jumaat lalu, Unit Kantin di bawah HEM telah melancarkan Program Kantinku Medan Ceria Jiwa dan Minda. Program yang diketuai oleh Pn. Afzan bt. Dzolkarnain itu selaku Setiausaha Kantin SAMBT bagi tahun 2010 telah bertindak dengan kerjasama guru-guru lain untuk mencantikkan dan menceriakan kantin sekolah.
Kejohanan Merentas Desa Bagi Tahun 2010
Bagan Terap, 13 Feb - Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2010 telah berjaya diadakan oleh Unit Sukan di bawah Unit Kokurikulum pada 12/2/2010. Kejohanan yang disertai oleh empat kategori tersebut iaitu bawah 18 lelaki dan perempuan juga bawah 15 lelaki dan perempuan itu mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
Latihan Merentas Desa Tahun 2010
Bagan Terap, 12 Feb - Latihan merentas desa telah diadakan pada petang Rabu dan Khamis iaitu 10-11/2/2010 bermula jam 3.00pm - 5.00pm. Latihan tersebut melibatkan semua pelajar dari firqah Ibnu Sina, Ibnu Rusyd, Ibnu Batuta dan Ibnu Khaldun tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan.
Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Permainan Kali Pertama Bagi Tahun 2010
Bagan Terap, 6 Feb - Mesyuarat Agung bagi semua Kelab Sukan & Permainan telah diadakan pada 4/2/2010 dengan jayanya.
Program Kelas Menara Gading (KMG)
Bagan Terap, 6 Feb - Pada 4/2/2010, Unit Kurikulum telah melancarkan Program Kelas Menara Gading khusus untuk pelajar-pelajar skor A bagi semua peperiksaan awam iaitu peperiksaam PMR, SMA dan SPM.
Program Motivasi Mari Belajar
Bagan Terap, 4 Feb. - Guru Bimbingan dan Kaunseling, En. Azmi b. Ahmad dan Unit Hem serta Unit Kurikulum telah bekerjasama mengadakan Program Motivasi Mari Belajar bagi tahun 2010.