Taklimat Aplikasi Headcount Bagi Tahun 2010
Bagan Terap, 25 Jan - Unit Perkembangan Staff di bawah Kurikulum dengan kerjasama SUP, En. Muhammad Razman telah mengadakan taklimat Headcount bagi tahun 2010. Cik Puspawangi selaku Setiausaha Perkembangan Staff telah mempengerusikan taklimat pada hari tersebut.
Mesyuarat Agong Unit Badan Beruniform Kali Pertama Tahun 2010
Bagan Terap, 21 Jan - Pada hari Rabu, 20/1/2010 telah diadakan Mesyuarat Agong Unit Badan Beruniform bagi Kadet Remaja Sekolah (KRS), Kadet Pertahanan Awam (KAPA), Kadet Bomba & Penyelamat dan Pergerakan Puteri Islam SAMBT jam 3.00 petang.
Perhimpunan Mingguan : Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas Tahun 2010
Bagan Terap, 18 Jan - Pada perhimpunan mingguan kali ini telah diadakan majlis penyerahan watikah perlantikan pengawas bagi tahun 2010. Majlis ikrar tahunan ini yang dibaca oleh Ketua Umum, Kamarul Redzuan b. Mohd Soe juga disaksikan oleh Pengetua SAMBT yang baru iaiti Ust. Mohamad Noor b. Ismail.
Mesyuarat Agung Firqah 2010
Bagan Terap, 14 Jan - Tahun 2010 dibuka dengan aktiviti kokurikulum pada hari Rabu 13 Januari 2010. Aktiviti itu dimulakan dengan perhimpunan pada jam 3.00 petang. Alhamdulillah kehadiran guru dan pelajar amat menggalakkan.
Orientasi Pelajar-Pelajar Aspura Tingkatan 1
Bagan Terap, 8 Jan - Sempena kehadiran warga baru SAMBT terutamanya yang memasuki asrama, pihak sekolah melalui Unit Hal Ehwal Murid dan warden telah mengadakan hari orientasi bagi tahun 2010.
Ahlan Ya Mudir
Bagan Terap, 5 Jan - Pada hari pendaftaran tingkatan 1, SAMBT juga menerima kehadiran pengetua yang selama ini dinanti-nantikan. Terima kasih dan tahniah Tuan Pengetua. Kami amat mengharapkan bimbingan dari tuan.
Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan 1
Bagan Terap, 5 Jan - Pihak sekolah menerima kehadiran warga baru SAMBT, pelajar-pelajar tingkatan 1 seramai lebih kurang 92 orang. Hari tersebut merupakan detik yang bersejarah buat mereka dan begitu juga pihak sekolah.
Ahlan Pelajar-pelajar SAMBT
Bagan Terap, 4 Jan - Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi tahun 2010. Semua warga pelajar mahupun guru serta kakitangan sekolah kelihatan bersemangat memulakan kerja di awal tahun ini.