Pages

Saturday, January 9, 2010

Terkini di SAMBT

Orientasi Pelajar-Pelajar Aspura Tingkatan 1
Bagan Terap, 8 Jan - Sempena kehadiran warga baru SAMBT terutamanya yang memasuki asrama, pihak sekolah melalui Unit Hal Ehwal Murid dan warden telah mengadakan hari orientasi bagi tahun 2010.

Ahlan Ya Mudir
Bagan Terap, 5 Jan - Pada hari pendaftaran tingkatan 1, SAMBT juga menerima kehadiran pengetua yang selama ini dinanti-nantikan. Terima kasih dan tahniah Tuan Pengetua. Kami amat mengharapkan bimbingan dari tuan.

Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan 1
Bagan Terap, 5 Jan - Pihak sekolah menerima kehadiran warga baru SAMBT, pelajar-pelajar tingkatan 1 seramai lebih kurang 92 orang. Hari tersebut merupakan detik yang bersejarah buat mereka dan begitu juga pihak sekolah.

Ahlan Pelajar-pelajar SAMBT
Bagan Terap, 4 Jan - Hari ini adalah hari pertama persekolahan bagi tahun 2010. Semua warga pelajar mahupun guru serta kakitangan sekolah kelihatan bersemangat memulakan kerja di awal tahun ini.

Lawatan Sambil Belajar Rakan Muda ke Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 16 Dis. - Unit Kokurikulum telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur dengan usaha sama pelajar-pelajar yang diketuai oleh Safiraroza dari tingkatan 3 Hikmah.

Jamuan Akhir Tahun Asrama 2009
Bagan Terap, 16 Nov. - Asrama SAMBT telah mengadakan jamuan akhir tahun pada malam 14/11/2009. Acara tahunan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada kalangan pelajar-pelajar asrama.

Jamuan Akhir Tahun 2009
Bagan Terap, 16 Nov. - Menjelang cuti persekolahan dan di akhir-akhir minggu persekolahan, pelajar-pelajar SAMBT tidak ketinggalan untuk mengadakan jamuan meraikan guru-guru dan warga kelas, kelab, persatuan dan badan beruniform.